Saturday, June 28, 2014

To All our 
Muslim Brothers & Sisters

Selamat Menyambut 
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Best wishes and greetings
MalaysianKidneySPA

Friday, June 13, 2014

Jumlah penderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih kurang

 | June 13, 2014
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/06/13/jumlah-penderma-organ-di-kalangan-rakyat-malaysia-masih-kurang/


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kadar pendermaan organ masih rendah di kalangan rakyat Malaysia.
Katanya, berbanding dengan keperluan, senarai pesakit yang masih menunggu pendermaan organ adalah 18,472 orang.
“Kami masih memerlukan 18,347 (buah pinggang), 27 (Hati), 5 (Jantung), 6 (Paru-paru) dan 3 (Jantung & Paru-paru),” katanya yang ditemui di Wisma Sejarah, pagi ini.
Menurut beliau, jumlah pengikrar baharu semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan impak positif yang diterima melalui program promosi dan kesedaran yang telah dijalankan.
“Walau bagaimanapun, jumlah pengikrar ini hanya 0.8 % daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia iaitu 30 juta orang.
“Mengikut statistik sejak tahun 1997 hingga Mei 2014, jumlah pengikrar adalah 255,983. Tahun 2013 merupakan tahun yang paling membanggakan di mana kami terima 25,220 orang pengikrar baharu,” ujarnya.
Mengikut statistik, bangsa Cina mendahului senarai jumlah penderma tertinggi iaitu seramai 128,212 (50.1%) diikuti India, 60,057 (23.5%), Melayu 58,846 (23.0%), lain-lain 8,803 (3.4%).
“Kami merancang untuk menjalankan satu kempen jalanan. Kempen ini membawa tema ‘Satu Ikrar, Sejuta Harapan’.
“Kalau kita boleh kumpulkan para sukarelawan yang terdiri daripada NGO, dengan cara para sukarelawan ini boleh turun padang untuk menerangkan kepada orang awam, objektif dan tujuan mengenai kempen pendermaan organ ini,” katanya.
Tambah beliau, kempen ini dijangka bermula pada bulan Oktober 2014, beliau merancang mengadakan malam anugerah khas pendermaan organ untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang banyak memberi sokongan.
“Sebagai contoh untuk hari ini, seorang rakyat Malaysia bernama Ramesh, berumur 30 tahun dari Johor Bahru merupakan satu contoh di mana dengan hasil usaha beliau bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya (semuanya berjumlah sembilan orang termasuk Ramesh) telah hadir hari ini. Beliau telah berjaya mencipta satu rekod dalam Malaysia Book Of Records melalui program ini,” katanya.