Sunday, February 28, 2010

Calcium vs Corrected Calcium (BM Translation)

Apa itu “Corrected Calcium

Terjemahan olih En Soong Chong Seng

Kita biasa melihat Calcium dan Corrected Calcium didalam laporan makmal keputusan kajian darah. Calcium adalah sejenis garam galian yang terbanyak bilangannya didalam badan di mana 99% di dalam tulang dalam bentuk calcium phosphate (garam). 22.5mmol daripada Calcium terdapat di luar sel dan 9mmol daripadanya terdapat di dalam serum.

Sr Calcium yang sentiasa di kawal dan mempunyai kandungan normal dalam lingkungan sekitar 2.2-2.9 mmol. Tahap jumlah Calcium adalah berkait rapat dengan tahap kandungan albumin dalam badan.
Semasa mengalami kegagalan buah pinggang, tahap albumin biasanya rendah. Oleh yang demikian, bacaan sr Calcium tersebut tidak menggambarkan tahap kadar sr Calcium yang sebenarnya.

Oleh yang demikian, untuk mengukur tahap sr Calcium dengan lebih tepat, kita perlu mengukur free(ionized) Calcium di mana ia tidak jauh berbeza dengan tahap kandungan albumin. Kandungan normal ionized calcium ialah dalam lingkungan1.1-1.4mmol. Jadi, tahap “corrected Calcium” dapat dikira di dalam pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang dengan nilai yang mewakili kandungan tahap Calcium di dalam badan dengan lebih tepat.Tahap “corrected Calcium “ mengambil kira tahap abnormal kandungan albumin dalam badan dan membuat sedikit pengubahan tahap kandungan Calcium melalui andaian bahawa tahap kandungan albumin yang normal. Formula untuk mengira “corrected Calcium”:

Corrected Calcium(mmol/L) = measured total Ca(mmmol/L) + 0.02(40- serum albumin(g/L).
1) 40 mewakili purata tahap albumin dalam g/L
2) Setiap 1g/L pengurangan kandungan albumin akan meningkatkan 0.02 mmol/L dalam sr Ca.

Dalam kes hypoalbuminemia, tahap “corrected Calcium” adalah lebih tinggi daripada jumlah Calcium yang sebenarnya. Perlu ambil perhatian bahawa jika tahap albumin melebihi 40g/L, maka bacaan“corrected Calcium” adalah lebih rendah.

Garispanduan KDOQ menetapkan bahawa nilai "lower limit" adalah 1.13 mmol/L dan "upper limit" ialah 1.78 mmol/L

No comments: