Wednesday, February 3, 2016


Tinjauan Ke Hospital Sungai Buloh
https://www.najibrazak.com/bm/blog/tinjauan-ke-hospital-sungai-buloh/
Petang tadi, saya sempat meluangkan masa membuat tinjauan ke Unit Hemodialisis Hospital Sungai Buloh bagi melihat sendiri keadaan di sana.
Saya difahamkan bahawa ramai pesakit buah pinggang yang perlu menunggu lama sebelum giliran mereka untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital-hospital Kerajaan.
Isu ini timbul disebabkan terdapat lebih 2.5 juta pesakit buah pinggang di Malaysia dan ini membawa kepada permintaan tinggi di hospital-hospital Kerajaan yang memberikan rawatan dan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang amat rendah, kira-kira 22 kali lebih rendah berbanding hospital-hospital swasta.
Kerajaan sedar bahawa bilangan mesin hemodialisis yang sedia ada di Hospital Sungai Buloh adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit-pesakit buah pinggang. Oleh itu, saya telah mengarahkan penambahan beberapa unit mesin hemodialisis yang baru untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh dalam masa terdekat.
Insya-Allah, saya yakin langkah ini akan membawa manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.
AkwQauRj5Zgzt2UXmgI6M6aitH5VdhyJT_d8TkWwU9_g

No comments: