Saturday, April 17, 2010

Heparin Sodium Price Hike (BM)

(Bahasa Malaysia Translation)

Kebelakangan ini, harga cecair Heparin Sodium yang banyak digunakan didalam rawatan dialisis telah naik dengan mendadak. Untuk membantu kami memahami sebab-sebab kenaikkan harga ini, kami perlu meninjau kembali perstiwa-peristwa lampau tertentu.

Pada tahun 1986 penyakit “Bovine Spongiform Encephalopathy” atau juga dikenali sebagai penyakit “Lembu Gila” telah dikesan di UK. Punca penyakit yang dikesan ialah bijiran makanan ternakan lembu yang diimpot dari Europa telah dicampuraduk dengan cebisan daging lembu yang berjangkit digunakan sebagai protin tambahan. Manusia apabila makan daging lembu berjangkit itu akan dijangkiti penyakit yang dikenali sebagai penyakit “Creutzfeldt-Jacob”.

Pada tahun 2004, seramai 157 pesakit di UK dikesan telah dijangkiti penyakit ini dan telah menyebabkan industri berkaitan terjejas. Pada tahun 2005, 5 kes penyakit yang sama telah dikesan di AS dan oleh itu telah juga menjejaskan industri berkenaan di AS dengan teruk. Pada masa yang sama, terdapat ramai yang bimbang dengan pemcemaran produk-produk ternakan lembu dari AS dan Europa, khasnya cecair Heparin Sodium yang dipercayai boleh mengakibatkan penjangkitan penyakit tersebut.

Pembekal-pembekal di AS dan Europa mula mencari punca baru untuk bahan mentah Heparin Sodium yang membawa mereka ke Negara China. Heparin Sodium – Khinzir adalah punca baru Heparin Sodium sebagai penganti punca Heparin Sodium – Lembu yang telah dicemari di AS dan Europa.

Akan tetapi, dari November 2007 hingga Februari 2008 ratusan pesakit di AS dan Europa mengalami reaksi alahan akibat penggunaan Heparin Sodium – Khinzir berkenaan. Di AS seramai 81 kematian yang dikaitkan dengan penggunaan Heparin Sodium – Khinzir berkenaan telah dilaporkan. Banyak negara-negara lain yang mendapatkan bekalan Heparin Sodium – Khinzir dari pembekal-pembekal dari AS dan Europa juga mengalami masalah yang sama.

Penyiasatan pihak berkuasa AS (The Food and Drug Authority – FDA) telah mengesahkan bahawa pencemaran “over-sulphated chondroitin” adalah punca utama berlakunya reaksi alahan berkenaan. Pencemaran ini dipercayai berlaku kerana kekurangan bahan mentah Heparin Sodium – Khinzir ketika itu. Penyakit khinzir “Blue Ear” di Negara China pada masa itu telah menjejaskan bekalan bahan mentah berkenaan. Adalah dipercayai bahawa ketika itu, kerana keinginan untuk memenuhi permintaan pasaran atau sifat tamak mencari keuntungan berlebihan, bekalan dengan sengaja atau tidak sengaja telah dicemari.

Perstiwa ini telah menyebabkan FDA and pihak berkuasa kesihatan seluruh dunia mewajibkan pemeriksaan makmal tambahan dijalankan semasa pembuatan cecair Heparin Sodium.

Permintaan untuk bahan mentah berkenaan telah sekali lagi meningkat pada tahun 2009 dan dengan pelaksanaan tindakan memperketatkan pengawalan pengeluaran Heparin Sodium – Kindzir di Negara China, pengeluaran bahan mentah berkenaan melebihi 155% berbanding dengan tahun sebelum itu dan harga telah meningkat ke paras USD4,354/kg iaitu kenaikkan 100% berbanding dengan tahun 2008.

Ini telah menyebabkan tekanan yang sengit ke atas negara-negara pengeluar Heparin Sodium - Lembu yang tidak terjejas dengan penyakit “Lembu Gila” untuk memenuhi permintaan yang meningkat secara mendadak dan secara tidak langsung ia telah menyebabkan harga bahan mentah itu turut melambung tinggi.

Cecair Heparin Sodium yang lazim digunakan di Malaysia adalah dari lembu kerana sensitiviti Agama. Akan tetapi, pencemaran “over-sulphated chondroitin” tidak berlaku kepada Heparin Sodium – Lembu. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan pemeriksaan makmal untuk “over-sulphated chondroitin” dijalankan semasa proses pembuatannya sebagai tindakan proaktif.

Memandangkan permintaan tinggi dan bekalan terhad, berlakunya pencemaran dan sifat berhati-hati terhadap satu punca bekalan dan permintaan tinggi pada punca yang lain serta kos pemeriksaan makmal tambahan telah menyebabkan kos pengeluaran cecair Heparin Sodium – Khinzir dan Lembu turut melambung tinggi. Ini telah menyebabkan harga pasaran cecair Heparin Sodium Khinzir dan Lembu pun terpaksa dinaikkan.

Sila maklum bahawa harga cecair Heparin Sodium - Khinzir atau Lembu akan terus meningkat melainkan punca baru dan lebih murah dapat dikenalpasti.

No comments: